Monday, January 17, 2011

Memahami carta air pasang/surut untuk fotografi seascape



Berapa kali anda pernah ke suatu lokasi bakau di tepi pantai seperti Pantai Kelanang  mengharapkan air surut semasa matahari terbenam tetapi hari itu anda tidak bertuah.. kerna air pasang dan anda terpaksa mencari lokasi yang lain.. Ataupun anda mengharapkan air pasang apabila ke lokasi seperti di Pantai Jeram tetapi bila tiba rupanya air surut.. terpaksa lah mengubah pelan asal dan shoot berdasarkan keadaan..


Tidak bernasib baik? Fikirkan kembali.. sebenarnya anda boleh mengetahui waktu air pasang... dan waktu air surut untuk tempoh sepanjang tahun... gunakan sahaja laman internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan air pasang/surut untuk tarikh tertentu dan anda patutnya telah mengetahui keadaan aras laut lebih awal..

Cuba aja google 'tide chart pelabuhan kelang' dan result teratas adalah dari http://www.mobilegeographics.com:81/locations/4624.html  (anda perlu search lokasi untuk tempat anda.. kebiasaan nama negeri, atau nama laut atau nama pelabuhan akan ada laman khusus yg memberi maklumat pasang surut) .. di hujung artikel ini saya akan kemukakan link link utk lokasi yang khusus.. mengikut pengalaman data yang diletakkan di Malaysian Meterological Department mahupun oleh Jabatan Perikanan Negara kurang tepat ...

Untuk artikel ini saya akan merujuk bagaimana untuk membaca dan memahami carta dari mobilegeographics.com yang paling kerap digunakan oleh saya

Apa ada membuka laman itu.. lamannya sepatutnya seperti berikut


Cuba anda browse ke bawah dan anda akan mendapati data seperti


2011-01-18  4:15 AM MYT   4.25 meters  High Tide
2011-01-18  7:25 AM MYT   Sunrise
2011-01-18 11:14 AM MYT   1.17 meters  Low Tide
2011-01-18  4:54 PM MYT   4.21 meters  High Tide
2011-01-18  7:23 PM MYT   Sunset
2011-01-18 11:30 PM MYT   1.31 meters  Low Tide
2011-01-19  5:03 AM MYT   4.51 meters  High Tide
2011-01-19  7:25 AM MYT   Sunrise
2011-01-19 11:51 AM MYT   0.79 meters  Low Tide
2011-01-19  5:40 PM MYT   4.58 meters  High Tide
2011-01-19  7:24 PM MYT   Sunset

Kita tumpukan kepada data pada 18 Dis 2011 ketika sunset..

2011-01-18  4:54 PM MYT   4.21 meters  High Tide
2011-01-18  7:23 PM MYT   Sunset
2011-01-18 11:30 PM MYT   1.31 meters  Low Tide

Berdasarkan maklumat ini, ia memberitahu pada pada 4:54 akan berlaku air pasang pada ketinggian 4.21m manakala pada jam 11:30 malam air akan surut sehingga ketinggian 1.31m . Jadi pada waktu sunset ianya tidak dekat dengan air pasang (2.5 jam selepas) dan juga tidak dekat dengan air surut (4 jam) jadi boleh ditaksirkan ketika sunset airnya sederhana sahaja..

Anda boleh mengetahui anggaran aras yang lebih baik dengan menelaah carta


Jadi pada 18 Jan 2011, jam 7:23 (sunset) anda aras air adalah pada 3.5m .. aras yang boleh dikatakan separa pasang...

Jadi dengan menggunakan pengetahuan ini bahawa pada 18 Jan airnya pada waktu sunset adalah pada aras 3.5m (separa pasang) anda patut target kawasan yang mana ketika air pasang scenery nya lebih menarik misalnya jeti ... kawasan berbatu besar.. dan sebagainya.. anda patut lebih mengenali kawasan anda.. jadi pemburuan anda tidak lagi menjadi untung nasib main cuba-cuba aja tanpa mengetahui sama-ada air pasang atau surut.. apatah lagi kalau destinasi itu jauh..

Mari kita lihat beberapa gambar ketika air pasang atau surut

Ketika air pasang penuh di Jeram, Selangor

Old Jetty, Ujong Pasir, Malacca (Explored)
Ketika separa pasang di Jeti Ujong Pasir, Melaka.

Low tide, Muar, Johor
Ketika air surut di Seri Menanti, Johor.



Jadual Pasang Surut dari laman Mobilegeographics - tak perlu lokasi yang tepat... yang berdekatan memadai

Bagan Datoh Kota Kinabalu  Kuala Batu Pahat Kuala Trengganu Kuantan
Kuching  Melaka  Miri  Mukah  Pelabuhan Kelang Pinang  Port Dickson
Sandakan  Sungai Sarawak  Tanjong Baram  Tanjong Gelang  Tanjong Sedili Kechil
Tawau Victoria (Labuan)

# credit utk sahabat & mentor saya Liewwk yang mengajar utk baca tide chart sebelum pergi ke pantai...  :)

Tutorial Makro (Part 3: Proses pengambilan gambar,post processing)



Beberapa perkara boleh dijadikan panduan untuk semasa pengambilan makro

Di mana hendak mencari subjek?
Banyak.. belakang rumah pun boleh.. Tapi tentunya tempat seperti hutan lipur atau air terjun ada lebih banyak subjek untuk dimakrokan.. adakalanya semak sebelah longkang pun banyak subjeknya... tipsnya mudah..di mana ada air di situe ada serangga...

bila anda mencari.. jangan laju jek berjalan mengharap serangga menyerah diri.. cuba stop pada sebarang semak atau pokok renek dan perhatikan sekeliling pokok tersebut.. jarang tiada subjek pada satu pokok.. mesti ada cuma dia akan menyorok balik daun bila die sense ada kehadiran manusia..

Senang ker?
Senang ini relatif.. mungkin mudah utk ah chong tapi susah utk samy.. kebiasaannya mereka yang baru bermula akan rasa susah.. ye lah... dengan angin sepoi sepoi yang menggoyangkan daun.. dengan serangga yang tak reti dok diam.. dengan gegaran tangan.. dengan berbelas belas shot yang tak menjadi dan sebagainya... banyak cabaran peringkat awal bermakro nie... first outing mesti sakit badan... tapi insyaAllah akan bertambah baik selepas itu.. kalau nak subjek yang mudah sila ke tanah tinggi di waktu pagi (genting.. bukit tinggi.. fraser hill.. cameron.. etc) .. serangganya mandom kerana kesejukan..

Ada subjek yang mudah?
Ada.. ulat bulu... hehe... saya selalu lihat orang yang start makro akan mula dengan semut.. kalau mulakan dengan semut banyak pelajaran boleh dapat.. hehhe.. iman kene teguh... ye lah.. semut tue kuat berjalan... laju pulak tue.. bila dia stop kita baru jumpe fokus terus die jalan balik.. boleh mati akal dibuatnya..

Secara realiti.. ada subjek yang mudah.. ada yang sukar.. pepandailah anda memilih dan mencarinya

Bagaimana mendekati subjek.. diorang tak lari ker?
Bergantung kepada jenis serangga.. tapi kebanyakannya akan steady di tempat mereka kalau anda mendekatinya dengan perlahan lahan.. kene sabar.. rileks.. jangan gopoh gapah.. mereka akan menunggu anda.. kesabaran dan makro datang seiring sejalan.. :D

yang kedua... anda boleh menunggu ditempat yang dijangka mereka pasti datang.. misalnya di bunga bunga di mana lebah pasti akan hinggap.. tempat dragonfly hinggap juga ok dimana diorang selalunya akan datang kembali ke spot yang sama.. robberfly juga mempunyai sifat yang sama dimana dia selalu balik ke tempat hinggap yang asal walaupun die terbang lari sebentar...

cara menunggu ini juga saya gunakan untuk menjejak giraffe weevil dimana saya tahu jenis pokoknya.. jadi saya akan menunggu di sekitar pokok tersebut dalam lingkungan 15-20 minit.. 30% success rate utk berjumpa.. tapi lepas jumpe tak semestinya dapat tangkap gambar... sbb dia sensitif.. apatah lagi sejak pakai MPE tak penah dapat amik dah gambar yang elok.. (kalau ramai manusia... susah die nak muncul)..

Kenapa pakai kasut pua chu kang?
Hahaha.. saya paling tak berkenan dengan mr pacat.. cukup jem bila kene gigit... jadi ini adalah satu satu langkah saya mengelakkan mereka.. setakat nie sangat berjaya mengurangkan serangan berbanding sebelum ini..

Bagaimana hendak mengambil gambar secara manual fokus ?
(Diambil dari tutorial 1) ada beberapa cara.. cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda.. cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ... kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus.. teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali... hehe.. sememangnya nama yang tepat sekali.. untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini.. kalau ade budget.. guna monopod untuk sokong kamera..

Kenapa ada yang pakai kayu? atau paip?
Bila anda membuat maju undur.. tangan anda juga bergetar memegang beban (kamera + lens + flash).. tiada kestabilan.. menggunakan batang paip boleh mengurangkan ketidakstabilan ini.. caranya tangan kiri pegang kayu/batang paip.. dalam masa yang sama sokong kamera untuk maju undur.. cubalah.. ada kelainannya berbanding bare hand..

tripod?
penggunaan tripod hanya sesuai untuk mengambil subjek yang dah mati aje.. hehe.. tak praktikal! melainkan anda nak prefokus pada bunga dan tunggu lebah datang.. bolehlah guna tripod.. ada tripod yang kekonon untk macro jugak sebenarnya tetap tidak praktikal.. kerena kumbang sensitif dan takkan menunggu anda setup tripod anda.. kemudian bagaimana pula buat fokus maju undur.. takleh buat..

monopod?
amat digalakkan... praktikal dan pantas.. dapat menstabilkan kamera.. dapatkan kepala yang jenis bebola (ball head) utk mudah anda mengubah kedudukan kamera... saya gunakan monopod.. cuma kalau nak cepat kekadang pakai batang paip lah.. hhehe

Ada sebarang etika?
Etikanya mudah... janganlah rosakkan habitat mereka.. nanti diorang pupus kita juga kehilangan subjek untuk dimakrokan.. jangan juga gatal-gatal bawa balik sbb mereka pasti mati di rumah anda.. biarlah mereka aman ditempat mereka sambil kita hanya mengambil gambarnya saja... jangan juga perangkap mereka menggunakan madu atau apa-apa benda utk melekatkan mereka..

ambil format ape ye? raw ke jpg?
Saya ambil RAW... sebabnya saya nie bukanlah pandai amik gambar sangat dan adakalanya tersilap setting semasa di lapangan... gambar yang nampak ok pada LCD tak semestinya ok di komputer... format RAW membantu saya membetulkan sebarang kesilapan di lapangan seperti a bit over atau a bit under ataupun nak edit contrast.. ataupun nak edit saturation... kekadang auto white balance jugak terkantoi semasa dilapangan (tapi jaranglah sbb pakai cahaya flash kan).. kalau nak betulkan pada jpg akan berlaku quality loss dan juga kene pandai photoshop.. saya jenis tak minat nak bukak photoshop edit gambar .. kalau boleh saya nak sebarang editing tamat di RAW editor sahaja.. (update: Nota ini ditulis 2 tahun lepas.. sekarang dah reti pakai photoshop sikit sikit.. :D)

tips asas pengambilan gambar?
MATA SERANGGA MESTI FOKUS.. itu aje..

ada tips komposisi?
tentang komposisi..saya pun kurang teliti..main hentam jek biasanya.. tapi adelah beberapa tips
rule of third - tetap boleh pakai... contohnya macam gambar kumbang oleh skeller nie
ImageImage
pandangan sisi - cuba ambil pandangan sisi (anda perlu turun sama level dengan bug tue)
ImageImage
pandangan depan - pandangan depan sentiasa mengancam
ImageImage
bontot shot - cuba elakkan bontot serangga lebih dekat dengan kamera.. gambar nampak semacam.. hehe.. biarlah kepalanya yang lebih dekat dengan kamera .. tapi kekadang bontot shot menjadik juga..
ImageImage
active space - berikan sedikit ruang (space) di bahagian depan kumbang tersebut.. cuba elakkan letak dia bebetul kat tengah melainkan penuh satu frame..
ImageImage
horizontal senteng - saya biasanya sentengkan horizontal bug saya... jadi tadelah nampak macam product shot.. ini stail saya lah.. (tapi ini utk side atau view tertentu.. front view tak sesuai senteng)..
ImageImage
sebahagian tips ini diberikan oleh orionmystery.. salah seorang mentor macro saya..

Ape setting saturation yang patut digunakan (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)??
Dalam makro sebaiknya kita cuba dekat dengan keadaan sebenar.. misalnya intensity warna dalam dunia sebenar dengan gambar biarlah sama... kalau push saturation tinggi jadi tak natural..gambar nampak semacam sket.. saya kebiasaanya menggunakan saturation=0 hingga saturation =+1 sahaja... sebaiknya set pada body saturation yang zero..

Apa setting sharpness (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)??
Kalau anda terlalu sharpkan gambar anda.. senang sahaja kelihatan pada gambar macro nie.. terus nampak artificial sharpness tue.. saya gunakan sharpness pada canon raw editor di antara +1 hingga maksimum +5 (maksimum pada canon raw editor adalah +10) sahaja..lebih dari ini terus nampak kurang natural...

Contrast (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)?
Kebiasaannya saya gunakan contrast pada RAW editor di antara -1 sehingga +2 bergantung kepada gambar.. kalau shadow anda keras/harsh.. rendahkan contrast anda untuk kurangkan kesan shadow yang harsh itu.. contrast yang tinggi akan menghilangkan detail pada gambar.. misalnya kalau sepatutnya nampak sesungut halus.. contrast yang tinggi akan terus hilangkan sesungut tersebut.. jadi cuba maintain di antara -1 sehingga +2

saya rasa setakat inilah dulu siri tutorial makro.. seperti yang saya nyatakan ianya untuk memudahkan sesiapa yang baru ingin bermula mendapatkan maklumat-maklumat untuk mereka bermula... maklumat lebih lanjut ada di google.. hehe.. saya sedia menjawab soalan kalau ada yang nak tanye tapi saya juga masih belajar dan jangan anggap apa yang saya tulis sebagai standard.. jadikan panduan aje... kalau ade yang silap betul betulkan lah .. sekian...

Tutorial Makro ( Part 2: Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv )



Pencahayaan amat penting apabila mengambil gambar macro..... cahaya kene cukup untuk amik.. natural light kebiasaannya tak cukup untuk freezekan motion.. oleh itu kenelah gunakan flash.. dan flash direct biasanya harsh.. kene diffusekan.. ada orang pakai styrofoam plate untuk diffusekan (kalau styrofoam plate.. built in flash pun bulih) .. ade buat DIY flash extender... contoh diffuser leh tengok kat link sinie & sinie (ada panduan cara nak buat)..

Boleh kasik option lighting dalam macro?
1. natural light - hanya sesuai kalau objek anda mati .. angin zero... dan kamera anda still (bukan handheld)... bunga bolehlah wat cara nie..
2. flash built in - boleh guna.. tapi kenelah diffuse dan tumpukan cahaya dengan betul.. sbb cahaya dari built in flash akan tersekat/blok oleh lens anda pada 1:1 (melainkan anda pakai sigma 150mm :P)
3. external flash - antara opsyen terbaik utk makro.. tapi perlu di diffusekan dan sebaiknya ditumpukan pada subjek
4. ring flash - mmg best.. tapi harganya pun best.. praktikal dan mudah guna.. pencahayaan rata.. saya penah beli yang OEM version... tade brand.. murah.. cahaya ok.. tapi rosak selepas sebulan.. so elakkanlah dari yang tade brand macam nie..
5. twin light - opsyen yang saya gunakan sekarang.. ambo_az juga gunakan teknik nie.. saya gunakan cara ini sebab convenient..

contoh gambar guna ring flash
Image

contoh gambar guna external flash + ombibounce diffuser (masa awal-awal dulu.. iso 800 nie.. Av hanya 9.0 .. speed 1/80 )
Image

contoh gambar guna external flash + DIY flash extender
Image

contoh gambar guna twin lite tak diffuse
Image

contoh gambar guna twin lite diffuse sket
Image

contoh gambar twin lite diffuse setup sekarang
Image

Kenapa kene diffuse? apa beza on flash kemudian diffuse dengan tak on flash terus?
flash tak on - cahaya tak cukup.. terpaksa bergantung kepada natural light.. menyebabkan terpaksa guna wide aperture dan push ISO.. (bila wide aperture DOF nipis)

flash on tapi tak diffuse - cahaya boleh dikatakan cukup... boleh lah push aperture tinggi sket seperti F16 ke atas(narrow aperture).. tapi cahaya amat harsh.. macam direct flash... kawasan tertentu pada subjek akan burn out... sebahagian pula akan gelap semacam..

flash on kemudian diffuse cahaya boleh dikatakan cukup.. boleh push aperture tinggi.. cahaya tidak harsh dan rata pada subjek... detail tidak hilang... bayang tidak terlalu kuat... kurang kawasan akan burn out

flash on kemudian ditumpukan pada subjek dan didiffusekan - cara ini hanya boleh dicapai kalau guna flash extender (konsep lantunan ke tracing paper dRali pun konsep yang hampir serupa) dimana ia tumpukan cahaya pada subjek.. teknik ini saya gunakan sebelum berpindah kepada flash mt-24ex sekarang.. diffuser tue dah diwariskan kepada azli.. hehhe... teknik ini membolehkan cahaya yang amat cukup .. confirm boleh push aperture sampai F22 walaupun ISO 100 dan shutter speed 160... cahaya cuku kemudian didiffusekan membolehkan cahaya rata pada subjek... tidak ada kawasan burn out.. tidak ada kawasan terlalu gelap...

lihat link ini utk mengetahui kepentingan diffuser.. http://myrmecos.wordpress.com/2007/12/09/photo-technique-on-camera-flash-diffusion/

Macamana nak diffuse cahaya?
ada pelbagai cara.. piring styrofoam.. kertas styrofoam.. kertas tracing paper... (jangan pakai kertas putih.. warna die jadi semacam).. cuba lihat link nie dimana dia test beberapa jenis bahan diffuser http://www.fredmiranda.com/forum/topic/703424

Boleh tunjuk cara paling mudah nak buat diffuser express?

guna botol peel fresh
Image

cara ini pun boleh
Image

contoh beberapa diffuser utk external flash saya dari beberapa generasi terdahulu.. yang latest dah wariskan kat azli... yang 2nd latest ntah ke mane tah anak main.. hehe..
Image

diffuser yang saya gunakan sekarang
Image

Apa peranan DOF dalam macro photography?
DOF = depth of field.. area of focus

kalau DOF luas - semua texture/objek dalam gambar dalam keadaan fokus
kalau DOF halus - sebahagian kecil sahaja dalam keadaan fokus.. contoh mata kanan serangga fokus tapi gigi dia kabur

cara dapat DOF halus - pakai F/2.8 hingga F/5.6
cara dapat DOF luas - pakai F/18-F/32

contoh DOF nipis (mata jek focus)
Image

contoh DOF tebal sket (luas)..
Image

DOF mana nak pilih?
sebaiknya yang tak terlalu halus.. kalau terlalu halus in focus pun gambar macam tak fokus.. gunalah F11 ke atas.. kalau boleh push sampai F18 atau F22 lagi bagus.. luas DOFnya..

selalunya emran pakai aperture braper?
kalau dengar jawapan saya nanti konpius.. pilih lah aperture sendiri ikut keperluan anda

kalau nak tahu juga sekarang saya guna hanya F11-F13.. kenape? bila magnification 5:1.. bila saya guna F16 gambar terlalu soft... kene step down untuk sharpkan gambar.. mungkin masalah lens (problem yang mungkin disebabkan magnification yang terlalu besar) .. mungkin juga masalah pencahayaan.. mungkin ada kesilapan teknik saya... masih belum solve dan tengah test lagi sekarang nie.. masih dalam proses pembelajaran.. (nota: maksimum aperture utk MPE 65mm hanya F16)

semasa saya pakai Tamron SP90mm saya push aperture sampai F32.. jadik objek dalam gambar hampir semua bahagian dalam fokus.

saya cadangkan utk mereka yang berlegar sekitar 1:1 kepada 2:1 gunalah aperture F18 ke atas.. kalau pakai MPE baru tune the rules..

ISO berapa nak guna ye?
100.. sbb noise dalam makro senang kelihatan.. kalau terpaksa push pun jangan lebih ISO 400

Tv (shutter speed)?
Gegaran dalam makro senang sangat kelihatan... untuk mengurangkan kesan gegaran silalah gunakan shutter speed yang lebih laju.. Shutter speed kalau baru bermula silalah gunakan 1/160.. bila tangan dah stabil tue bolehlah mula 1/100..

saya guna 1/160 sbb gegaran pada 5:1 macam earthquake.. hehe..

cadang saya setlah 1/100 sebagai minimum... bukan ape... kekadang bila balik rumah tengok gambar terasa frust gambar kantoi sbb gegaran.. kat LCD tak nampak..

power pada flash macamane yek... nak pakai FEC berapa? mode ape? manual? eTTL? multi?
yang ini agak penting... kebiasaannya saya gunakan ISO, Tv dan Av yang constant.. saya cuma dok ubah FEC sahaja..

caranya macam nie.. setkan flash kepada TTL/eTTL/eTTLII .. kemudian setkan FEC pada zero (sebaiknya gunakan yang set pada body.. mudah sket.. macamana nak buat? baca lah manual kamera anda yek :D)

bila amik gambar.. lihatlah gambar anda.. kalau rasa under.. naikkan FEC.. kalau rasa over.. rendahkan FEC.. setting lain (Av/Tv/ISO) takyah kaco melainkan terpaksa.. lama-kelamaan anda akan boleh mengagak FEC yang diperlukan berdasarkan lokasi subjek..

tambahan sket.. bila amik gambar lalat /rama-rama tertentu... TTL takleh pakai sbb TTL ada preflash yang menyebabkan mereka lari... jadi utk kes kes serangga sensitif anda kenelah gunakan manual dan pepandailah cuba ubah intensitynya..

macamana nak dapatkan background yang gelap yek?
background mmg gelap jika objek dan background jauh kemudian anda guna flash .. mmg akan jadi gelap


ade idea lain utk lighting? susahlah diy nie..
cuba lihat link ini utk lihat pelbagai bentuk dan teknik lighting untuk makro.. ada diantara teknik /gaya lighting yang dipostkan adalah oleh jurugambar makro level tertinggi seperti lordv dan dalantech

http://photography-on-the.net/forum/showthread.php?t=142566

#nota - sebahagian besar teknik ini adalah mengikut pengalaman saya yang amat terhad... jadi ianya bukan standard.. anda cuba lah sendiri dan build up dari pengalaman anda... cara saya dan mentor-mentor makro saya juga berbeza... jadi tade masalah utk guna teknik berbeza...

Tutorial Makro (Part 1: Lensa)



Tutorial Makro Siri 1,2 dan 3

Tujuan tutorial nie utk memudahkan sesiapa yang berhajat memulakan eksplorasi dunia makro.. makro nie memang best.. tetibe kita boleh dapat lihat dunia yang selama nie tak leh dilihat oleh mata kasar ... Tutorial makro nie jugak berdasarkan pengalaman saya yang terhad.. ada pelbagai approach utk makro nie... ada pelbagai pendapat juga dalam makro nie.. jadi apa yang saya tulis tak semestinya standard ye.. carilah pengalaman sendiri dan build uplah dari situ.. untuk siri ini saya startkan dengan definisi dan lenses dulu lah...


Tutorial Makro | #1 Lenses

Apa dia makro nie?
Makro adalah aliran fotografi untuk amik gambar objek kekecik... definisi makro nie pelbagai.. dan juga antara yang menyebabkan berlaku kekeliruan adalah sebab marketing kamera atau lens yang nak letak label makro pada produk mereka sehinggakan yang tak sebesar mana pun nak dilabelkan makro

Jadi?
Kalau nak dikira sebagai makro.. biarlah sekurang-kurangnya life size 1:1 .. definisi lens with macro capability yang saya sandarkan adalah yang sekurang-kurangnya 1:1.. yang tak sampai tue tak kira macro lah..

Apa dia life size 1:1?
Life size bermaksud saiz objek yang ditangkap sama saiz pada sensor.. jadi katakan sensor bersaiz 23mm (kebanyakan sensor digital bersaiz sekitar ini) maka untuk mendapat life size 1:1 dia mestilah capable untuk dapatkan objek panjang 23mm memenuhi frame gambar

contoh gambar 1:1 (saiz sensor 35mm)
ImageImageImage

2:1 3:1 4:1 5:1 tue pulak?
ini sekadar nisbah.. kalau 1:1 adalah 23mm, 2:1 panjang objek yang penuh pada gambar adalah 11.5mm.. kalau 3:1 8mm lah dan seterusnya.. boleh tahu cara kiranya kan..

contoh gambar 5:1untuk objek yang sama di atas (saiz sensor 35mm)
ImageImageImage

kalau saya nak buat makro.. kene beli lens makro yang khas ker?
sebaik-baiknya... kalau tak mampu boleh juga cara lain tapi kualitinya agak kurang berbanding dengan makro lens sebenar

guna 50mm + ET - kepada yang low budget.. boleh jek start dengan 50mm F1.8 (saya percaya kebanyakan orang yang minat photography ade lens nie.. around RM280 jek utk brand canon.. nikon RM400) ditambah dengan extension tube... magnificationnya setanding dengan macro lens 1:1.. (sebenarnya lebih besar sedikit.. dalam 1.2:1)

gambar canon 50mm F1.8 + ET
Image

contoh orang yang mengguna 50mm + ET leh tengok kat sinie (skeller )

extension tube ade dua jenis.. manual atau electronic .. manual kurang seratus (sekarang lebih kurang RM85) .. elektronic lebih kurang RM450-500.. perbezaannya adalah bila guna elektronic.. boleh control aperture semasa menembak... yang manual kene preset sebelum menembak.. itu ajelah yang membezakan RM400 tue.. saya dulu start dengan ET manual jek.. RM90..

gambar electronic ET
ImageImage

gambar manual china made ET
ImageImage

guna raynox - satu lagi option.. beli raynox... yang ini kene tanya orang yang selalu pakai raynox lah.. sbb saya tak penah try.. tapi output magnificationnya pun ok..

reverse lens - satu lagi kaedah adalah reversekan lens.. lens seperti 50mm bila reverse anda akan dapat hampir 1:1... kurang sikit jek.. lagi pendek mm lagi besar magnification bila diterbalikkan... reverse lens adapter ring ada dijual.. kalau china brand tue rasanya kurang seratus.. periksalah harganya dan kongsi di sinie ye..

ada juga yang pegang manual tade adapter ring bila buat reverse lens nie.. saya rasa cara nie terlalu sukar untuk dapatkan objek yang in focus secara konsisten.. dan menambah risiko habuk masuk body kamera anda.. ikut anda lah..

boleh cadangkan lens?
sebarang lens yang mencapai life size 1:1 boleh digunakan untuk makro.. hati hati kerana ada lens yang di cap MACRO padanya sedangkan magnificationnya kadang-kadang hanya 1:3 (70mm saiz objek yang boleh masuk frame).. bagaimana nak tau? bacalah spec lens sebelum membeli... janganlah masuk kedai tanya tokei sbb diorang kekadang nak abeskan stok aje.. BACA TENTANG LENS DARI RUMAH BUKAN TANYA DI KEDAI.. jangan menangis kata magnification tak cukup 1:1 kalau tak buat homework... ada banyak review orang dah buat kat internet.. google aje..

banyak sangatlah lens.. kasik short list boleh?
kalau tak rajin nak wat survey.. nie antara lens yang boleh dipertimbangkan
1. Sigma 150mm f2.8 APO Macro DG EX HSM 1:1
harga sedikit mahal.. tetapi berbaloi.. mendapat review yang terbaik dari rakan/sahabat kaki makro saya yang terdekat.. difahamkan kalau nak guna AF pun sonang pakai lens nie... saya ada test.. mmg beh lens nie..
-kelebihan utama .. jarak sedikit jauh untuk dapatkan 1:1.. so takyah lah dedekat dengan subjek.. jadi lagi senang nak shoot.. serangga nie sensitif.. jadi kalau leh shoot jejauh lagi bagus.. die tak lari.. bila dekat jek die lari.. senang lah nak shoot yang sensitif macam giraffe weevil ker.. :D
-kelemahan ... sbb distance jauh.. sedikit goyang pun akan kacau gambar... so kenelah kurangkan kegoyangan samada pakai shutter speed lebih laju atau guna monopod
2. Tamron SP90mm f2.8 1:1
lens yang banyak dipakai oleh kaki makro termasuklah saya...amat memuaskan dan harganya pun sedikit murah.. (lingkungan RM1300-1400.. kene checklah sbb lama tak update tentang pricing nie)
- jarak dengan subjek acceptable (tapi 1:1 agak dekat jugaklah)..
- kelebihan dan kekurangan berlawanan dengan yang atas..
3. Canon 100mm F2.8 Macro 1:1 (ada versi USM.. ada versi tade USM)
kalau pakai canon .. bleh amik 100mm F2.8.. tapi kalau tanya saya.. harganya tak jauh beza dengan sigma 150mm.. so baik amik sigma 150mm

macam mana dengan lens Canon MP-E 65mm?
lens yang terbaik untuk magnification 5:1 .. saya gunakan lens ini... tetapi not advisable utk mereka yang baru bermula.. terlalu sukar untuk digunakan kalau tak biasa dengan makro .. melainkan anda telah biasa dan konsisten dengan magnification sekurang-kurangnya 2:1 boleh dapatkan lens ini
ImageImage

macamana dengan autofocus?
generally utk makro anda mesti bersedia menggunakan manual focus.. biasanya autofocus masih boleh guna untuk kurang dari 1:1 tapi bila cecah 1:1 ke atas susah sedikit melainkan autofocus anda lebih laju dari gegaran tangan anda yang mengubah kawasan fokus.. difahamkan ada lens tertentu pantas autofokusnya seperti sigma 150mm dan juga canon 100mm F2.8 USM (yang ada USM yek.. yang tade tue slow)... diwarwarkan juga olympus pun pantas autofokusnya.. cariklah jawapan anda sendiri untuk brand/lens anda ye.. ..(ps: standard laju juga mungkin berbeza antara anda dan saya)

kalau manual.. macamana nak fokus sebaiknya?
ada beberapa cara.. cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda.. cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ... kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus.. teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali... hehe.. sememangnya nama yang tepat sekali.. untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini.. kalau ade budget.. guna monopod untuk sokong kamera..

macamana nak tingkatkan capability 1:1 kepada 2:1 3:1 dsbnya?
kalau anda dah rasa ok dan hendak besarkan magnification .. ada beberapa solution.. di antaranya menambah extension tube (ET) atau teleconverter (TC).. kalau tanya saya tambah ET lebih baik dari TC kerana guna TC akan jatuh kualiti gambar..

berikut adalah contoh magnification bila ditambah ET/TC .. nak tau effect untuk lens anda? test lah sendiri dan kongsi bersama forumer lain yekk..

utk dapat 1:1 ..
-lens tamron sp90mm atau memana lens macro yang sampai life size 1:1
-50mm + ET lebih sket dari 1:1
-50mm + TC 2x lebih sket dari 1:1

utk dapat 2:1
-lens tamron sp90mm + ET
-lens tamron sp90mm + TC 2X
-50mm + ET + TC2x (lebih sket dari 2:1)

contoh gambar 2:1 (saiz sensor 35mm)
Image

utk dapat 3:1 kepada 4:1
-lens tamron sp90mm + ET + TC 2X

contoh gambar 3:1 (saiz sensor 35mm)
Image

contoh gambar 4:1 (saiz sensor 35mm)
Image

utk dapat 5:1
-kene upgrade kepada lens Canon MPE 65mm 1x-5x :p

bagaimana kita nak tahu saiz magnification yang kita ada?
tembaklah pembaris.. lepas tue bahagikan panjangnya yang anda dapat dengan saiz sensor dslr anda.. (contohnya saiz sensor d90 - 23.7mm, canon 5d - 35mm)...
kalau saiz pembaris 5mm -> 23/5=5 --> 5:1
kalau saiz pembaris 6mm -> 23/6=4 --> 4:1
kalau saiz pembaris 7mm -> 23/7=3 --> 3:1

Kalau 18-135 tambah dengan raynox boleh ker?
mengikut pengalaman rakan yang pernah mencuba.. vignettingnya sangat ketara.. pada hemat saya.. lens terbaik selain dari lens macro sebenar adalah 50mm + ET/raynox..

boleh bagi contoh kos pelaburan utk yang budget kecik?

contoh kos pelaburan nak start makro.. kalau bebetul minat mesti bersedia melabur sedikit lah utk menikmati dunia kekecik nie... :)

kit lens + raynox (RM 250 +-)= RM 250 +-
Canon 50mm F1.8 (RM 280 +-) + ET manual (RM55) = RM335+-
Nikon 50mm F1.8 (RM380 +-) + ET manual (RM55) = RM 435+-
Canon 50mm F1.8 (RM 280 +-) + raynox (RM 250 +-) = RM530+-
Nikon 50mm F1.8 (RM380 +-) raynox (RM 250 +-) = RM 630+-
Tamron SP90mm F2.8 (RM1300 +-)= RM1300 +-

option lain
Electronik ET = RM450+-
Tele Converter 2X =RM500+-
Reverse ring = RM90+-

masing masing ada pro & cons.. google jek.. tepuk dompet tanya duit.. tepuk dada tanya selera...

setakat ini dulu lah untuk siri pertama nie.. yang seterusnya saya akan sentuh tentang cara pengambilan dan pencahayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts (30 days)

Latest Post from My Other Blogs