Showing posts with label Jadual Pasang Surut. Show all posts
Showing posts with label Jadual Pasang Surut. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Memahami carta air pasang/surut untuk fotografi seascape



Berapa kali anda pernah ke suatu lokasi bakau di tepi pantai seperti Pantai Kelanang  mengharapkan air surut semasa matahari terbenam tetapi hari itu anda tidak bertuah.. kerna air pasang dan anda terpaksa mencari lokasi yang lain.. Ataupun anda mengharapkan air pasang apabila ke lokasi seperti di Pantai Jeram tetapi bila tiba rupanya air surut.. terpaksa lah mengubah pelan asal dan shoot berdasarkan keadaan..


Tidak bernasib baik? Fikirkan kembali.. sebenarnya anda boleh mengetahui waktu air pasang... dan waktu air surut untuk tempoh sepanjang tahun... gunakan sahaja laman internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan air pasang/surut untuk tarikh tertentu dan anda patutnya telah mengetahui keadaan aras laut lebih awal..

Cuba aja google 'tide chart pelabuhan kelang' dan result teratas adalah dari http://www.mobilegeographics.com:81/locations/4624.html  (anda perlu search lokasi untuk tempat anda.. kebiasaan nama negeri, atau nama laut atau nama pelabuhan akan ada laman khusus yg memberi maklumat pasang surut) .. di hujung artikel ini saya akan kemukakan link link utk lokasi yang khusus.. mengikut pengalaman data yang diletakkan di Malaysian Meterological Department mahupun oleh Jabatan Perikanan Negara kurang tepat ...

Untuk artikel ini saya akan merujuk bagaimana untuk membaca dan memahami carta dari mobilegeographics.com yang paling kerap digunakan oleh saya

Apa ada membuka laman itu.. lamannya sepatutnya seperti berikut


Cuba anda browse ke bawah dan anda akan mendapati data seperti


2011-01-18  4:15 AM MYT   4.25 meters  High Tide
2011-01-18  7:25 AM MYT   Sunrise
2011-01-18 11:14 AM MYT   1.17 meters  Low Tide
2011-01-18  4:54 PM MYT   4.21 meters  High Tide
2011-01-18  7:23 PM MYT   Sunset
2011-01-18 11:30 PM MYT   1.31 meters  Low Tide
2011-01-19  5:03 AM MYT   4.51 meters  High Tide
2011-01-19  7:25 AM MYT   Sunrise
2011-01-19 11:51 AM MYT   0.79 meters  Low Tide
2011-01-19  5:40 PM MYT   4.58 meters  High Tide
2011-01-19  7:24 PM MYT   Sunset

Kita tumpukan kepada data pada 18 Dis 2011 ketika sunset..

2011-01-18  4:54 PM MYT   4.21 meters  High Tide
2011-01-18  7:23 PM MYT   Sunset
2011-01-18 11:30 PM MYT   1.31 meters  Low Tide

Berdasarkan maklumat ini, ia memberitahu pada pada 4:54 akan berlaku air pasang pada ketinggian 4.21m manakala pada jam 11:30 malam air akan surut sehingga ketinggian 1.31m . Jadi pada waktu sunset ianya tidak dekat dengan air pasang (2.5 jam selepas) dan juga tidak dekat dengan air surut (4 jam) jadi boleh ditaksirkan ketika sunset airnya sederhana sahaja..

Anda boleh mengetahui anggaran aras yang lebih baik dengan menelaah carta


Jadi pada 18 Jan 2011, jam 7:23 (sunset) anda aras air adalah pada 3.5m .. aras yang boleh dikatakan separa pasang...

Jadi dengan menggunakan pengetahuan ini bahawa pada 18 Jan airnya pada waktu sunset adalah pada aras 3.5m (separa pasang) anda patut target kawasan yang mana ketika air pasang scenery nya lebih menarik misalnya jeti ... kawasan berbatu besar.. dan sebagainya.. anda patut lebih mengenali kawasan anda.. jadi pemburuan anda tidak lagi menjadi untung nasib main cuba-cuba aja tanpa mengetahui sama-ada air pasang atau surut.. apatah lagi kalau destinasi itu jauh..

Mari kita lihat beberapa gambar ketika air pasang atau surut

Ketika air pasang penuh di Jeram, Selangor

Old Jetty, Ujong Pasir, Malacca (Explored)
Ketika separa pasang di Jeti Ujong Pasir, Melaka.

Low tide, Muar, Johor
Ketika air surut di Seri Menanti, Johor.



Jadual Pasang Surut dari laman Mobilegeographics - tak perlu lokasi yang tepat... yang berdekatan memadai

Bagan Datoh Kota Kinabalu  Kuala Batu Pahat Kuala Trengganu Kuantan
Kuching  Melaka  Miri  Mukah  Pelabuhan Kelang Pinang  Port Dickson
Sandakan  Sungai Sarawak  Tanjong Baram  Tanjong Gelang  Tanjong Sedili Kechil
Tawau Victoria (Labuan)

# credit utk sahabat & mentor saya Liewwk yang mengajar utk baca tide chart sebelum pergi ke pantai...  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts (30 days)

Latest Post from My Other Blogs