Monday, January 17, 2011

Tutorial Makro (Part 3: Proses pengambilan gambar,post processing)



Beberapa perkara boleh dijadikan panduan untuk semasa pengambilan makro

Di mana hendak mencari subjek?
Banyak.. belakang rumah pun boleh.. Tapi tentunya tempat seperti hutan lipur atau air terjun ada lebih banyak subjek untuk dimakrokan.. adakalanya semak sebelah longkang pun banyak subjeknya... tipsnya mudah..di mana ada air di situe ada serangga...

bila anda mencari.. jangan laju jek berjalan mengharap serangga menyerah diri.. cuba stop pada sebarang semak atau pokok renek dan perhatikan sekeliling pokok tersebut.. jarang tiada subjek pada satu pokok.. mesti ada cuma dia akan menyorok balik daun bila die sense ada kehadiran manusia..

Senang ker?
Senang ini relatif.. mungkin mudah utk ah chong tapi susah utk samy.. kebiasaannya mereka yang baru bermula akan rasa susah.. ye lah... dengan angin sepoi sepoi yang menggoyangkan daun.. dengan serangga yang tak reti dok diam.. dengan gegaran tangan.. dengan berbelas belas shot yang tak menjadi dan sebagainya... banyak cabaran peringkat awal bermakro nie... first outing mesti sakit badan... tapi insyaAllah akan bertambah baik selepas itu.. kalau nak subjek yang mudah sila ke tanah tinggi di waktu pagi (genting.. bukit tinggi.. fraser hill.. cameron.. etc) .. serangganya mandom kerana kesejukan..

Ada subjek yang mudah?
Ada.. ulat bulu... hehe... saya selalu lihat orang yang start makro akan mula dengan semut.. kalau mulakan dengan semut banyak pelajaran boleh dapat.. hehhe.. iman kene teguh... ye lah.. semut tue kuat berjalan... laju pulak tue.. bila dia stop kita baru jumpe fokus terus die jalan balik.. boleh mati akal dibuatnya..

Secara realiti.. ada subjek yang mudah.. ada yang sukar.. pepandailah anda memilih dan mencarinya

Bagaimana mendekati subjek.. diorang tak lari ker?
Bergantung kepada jenis serangga.. tapi kebanyakannya akan steady di tempat mereka kalau anda mendekatinya dengan perlahan lahan.. kene sabar.. rileks.. jangan gopoh gapah.. mereka akan menunggu anda.. kesabaran dan makro datang seiring sejalan.. :D

yang kedua... anda boleh menunggu ditempat yang dijangka mereka pasti datang.. misalnya di bunga bunga di mana lebah pasti akan hinggap.. tempat dragonfly hinggap juga ok dimana diorang selalunya akan datang kembali ke spot yang sama.. robberfly juga mempunyai sifat yang sama dimana dia selalu balik ke tempat hinggap yang asal walaupun die terbang lari sebentar...

cara menunggu ini juga saya gunakan untuk menjejak giraffe weevil dimana saya tahu jenis pokoknya.. jadi saya akan menunggu di sekitar pokok tersebut dalam lingkungan 15-20 minit.. 30% success rate utk berjumpa.. tapi lepas jumpe tak semestinya dapat tangkap gambar... sbb dia sensitif.. apatah lagi sejak pakai MPE tak penah dapat amik dah gambar yang elok.. (kalau ramai manusia... susah die nak muncul)..

Kenapa pakai kasut pua chu kang?
Hahaha.. saya paling tak berkenan dengan mr pacat.. cukup jem bila kene gigit... jadi ini adalah satu satu langkah saya mengelakkan mereka.. setakat nie sangat berjaya mengurangkan serangan berbanding sebelum ini..

Bagaimana hendak mengambil gambar secara manual fokus ?
(Diambil dari tutorial 1) ada beberapa cara.. cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda.. cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ... kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus.. teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali... hehe.. sememangnya nama yang tepat sekali.. untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini.. kalau ade budget.. guna monopod untuk sokong kamera..

Kenapa ada yang pakai kayu? atau paip?
Bila anda membuat maju undur.. tangan anda juga bergetar memegang beban (kamera + lens + flash).. tiada kestabilan.. menggunakan batang paip boleh mengurangkan ketidakstabilan ini.. caranya tangan kiri pegang kayu/batang paip.. dalam masa yang sama sokong kamera untuk maju undur.. cubalah.. ada kelainannya berbanding bare hand..

tripod?
penggunaan tripod hanya sesuai untuk mengambil subjek yang dah mati aje.. hehe.. tak praktikal! melainkan anda nak prefokus pada bunga dan tunggu lebah datang.. bolehlah guna tripod.. ada tripod yang kekonon untk macro jugak sebenarnya tetap tidak praktikal.. kerena kumbang sensitif dan takkan menunggu anda setup tripod anda.. kemudian bagaimana pula buat fokus maju undur.. takleh buat..

monopod?
amat digalakkan... praktikal dan pantas.. dapat menstabilkan kamera.. dapatkan kepala yang jenis bebola (ball head) utk mudah anda mengubah kedudukan kamera... saya gunakan monopod.. cuma kalau nak cepat kekadang pakai batang paip lah.. hhehe

Ada sebarang etika?
Etikanya mudah... janganlah rosakkan habitat mereka.. nanti diorang pupus kita juga kehilangan subjek untuk dimakrokan.. jangan juga gatal-gatal bawa balik sbb mereka pasti mati di rumah anda.. biarlah mereka aman ditempat mereka sambil kita hanya mengambil gambarnya saja... jangan juga perangkap mereka menggunakan madu atau apa-apa benda utk melekatkan mereka..

ambil format ape ye? raw ke jpg?
Saya ambil RAW... sebabnya saya nie bukanlah pandai amik gambar sangat dan adakalanya tersilap setting semasa di lapangan... gambar yang nampak ok pada LCD tak semestinya ok di komputer... format RAW membantu saya membetulkan sebarang kesilapan di lapangan seperti a bit over atau a bit under ataupun nak edit contrast.. ataupun nak edit saturation... kekadang auto white balance jugak terkantoi semasa dilapangan (tapi jaranglah sbb pakai cahaya flash kan).. kalau nak betulkan pada jpg akan berlaku quality loss dan juga kene pandai photoshop.. saya jenis tak minat nak bukak photoshop edit gambar .. kalau boleh saya nak sebarang editing tamat di RAW editor sahaja.. (update: Nota ini ditulis 2 tahun lepas.. sekarang dah reti pakai photoshop sikit sikit.. :D)

tips asas pengambilan gambar?
MATA SERANGGA MESTI FOKUS.. itu aje..

ada tips komposisi?
tentang komposisi..saya pun kurang teliti..main hentam jek biasanya.. tapi adelah beberapa tips
rule of third - tetap boleh pakai... contohnya macam gambar kumbang oleh skeller nie
ImageImage
pandangan sisi - cuba ambil pandangan sisi (anda perlu turun sama level dengan bug tue)
ImageImage
pandangan depan - pandangan depan sentiasa mengancam
ImageImage
bontot shot - cuba elakkan bontot serangga lebih dekat dengan kamera.. gambar nampak semacam.. hehe.. biarlah kepalanya yang lebih dekat dengan kamera .. tapi kekadang bontot shot menjadik juga..
ImageImage
active space - berikan sedikit ruang (space) di bahagian depan kumbang tersebut.. cuba elakkan letak dia bebetul kat tengah melainkan penuh satu frame..
ImageImage
horizontal senteng - saya biasanya sentengkan horizontal bug saya... jadi tadelah nampak macam product shot.. ini stail saya lah.. (tapi ini utk side atau view tertentu.. front view tak sesuai senteng)..
ImageImage
sebahagian tips ini diberikan oleh orionmystery.. salah seorang mentor macro saya..

Ape setting saturation yang patut digunakan (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)??
Dalam makro sebaiknya kita cuba dekat dengan keadaan sebenar.. misalnya intensity warna dalam dunia sebenar dengan gambar biarlah sama... kalau push saturation tinggi jadi tak natural..gambar nampak semacam sket.. saya kebiasaanya menggunakan saturation=0 hingga saturation =+1 sahaja... sebaiknya set pada body saturation yang zero..

Apa setting sharpness (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)??
Kalau anda terlalu sharpkan gambar anda.. senang sahaja kelihatan pada gambar macro nie.. terus nampak artificial sharpness tue.. saya gunakan sharpness pada canon raw editor di antara +1 hingga maksimum +5 (maksimum pada canon raw editor adalah +10) sahaja..lebih dari ini terus nampak kurang natural...

Contrast (sebahagian teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)?
Kebiasaannya saya gunakan contrast pada RAW editor di antara -1 sehingga +2 bergantung kepada gambar.. kalau shadow anda keras/harsh.. rendahkan contrast anda untuk kurangkan kesan shadow yang harsh itu.. contrast yang tinggi akan menghilangkan detail pada gambar.. misalnya kalau sepatutnya nampak sesungut halus.. contrast yang tinggi akan terus hilangkan sesungut tersebut.. jadi cuba maintain di antara -1 sehingga +2

saya rasa setakat inilah dulu siri tutorial makro.. seperti yang saya nyatakan ianya untuk memudahkan sesiapa yang baru ingin bermula mendapatkan maklumat-maklumat untuk mereka bermula... maklumat lebih lanjut ada di google.. hehe.. saya sedia menjawab soalan kalau ada yang nak tanye tapi saya juga masih belajar dan jangan anggap apa yang saya tulis sebagai standard.. jadikan panduan aje... kalau ade yang silap betul betulkan lah .. sekian...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts (30 days)

Latest Post from My Other Blogs